Bonda Umirah Taib

Bonda Umirah Taib

MD (UniKL) • Master Counseling (MSU)

Dari Stetoskop ke Rawatan Jiwa

Umirah bt Mohd Taib, lebih dikenali sebagai Bonda Umirah Taib, merupakan bekas doktor perubatan di hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kini berkhidmat sepenuh masa sebagai kaunselor dan pakar motivasi di bawah platform ByBonda. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS, UNIKL) serta Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling dan Bimbingan (MSU).

Bonda Umirah Taib bertekad menjalankan misi memperkukuh keibubapaan (parentheal) dan mengimarahkan hubungan perkahwinan (rejuvenate marriage) dalam kalangan masyarakat. Setakat ini, beliau telah membantu lebih 1,000 klien dalam isu hubungan dan kekeluargaan, dan merupakan penulis buku sulung “ Ibu Penat, Tapi Ibu Sayang ” yang mencatat jualan 10,000 naskhah dalam tempoh sebulan pertama dilancarkan.

Beliau juga aktif mengendalikan program-program kekeluargaan dan keibubapaan di bawah platform ByBonda, melibatkan lebih 10,000 peserta setahun. Antaranya termasuk: Bersiap Sebelum Qabul (BSQ), Setelah Dikhianati (SD), Ibu Jangan Marah
(IJM) dan Kita Ibu Penyayang, Kan? (KIP) dengan berteraskan matlamat Women Empowerment.

1,000+
Klien Dibantu
10,000+
Naskhah Terjual

Misi & Program

Bersiap Sebelum Qabul (BSQ), Setelah Dikhianati (SD), Ibu Jangan Marah (IJM), dan Kita Ibu Penyayang (KIP).